Tolong Carian

July 1, 2009

Selamat Hari Lahir Bapa


Rasa aku belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat hari lahir bapa. walaupun kekadang engkau macam tak pedulikan aku, menjatuhkan semangat aku, marah aku tapi aku selalu ambil ia sebagai perangsang dalam hidup ini. aku telah sedaya upaya untuk membahagiakan semua pihak, walaupun aku hanya seorang anak yang rendah kelulusan dalam keluarga. tapi aku bangga kerna aku adalah anak lelaki sulong mu yang bisa berusaha mencari apa makna dalam hidup ini melalui cara mu itu. aku tahu mungkin satu hari nanti aku akan mengambil tugas mu untuk menjaga dan membentuk keluarga, akan ku guna apa cara yang telah aku pelajari dari mu. ketabahan, keimanan supaya aku bisa membina satu tangga kejayaan dalam hidup ini. terima kasih kerana menegurku selama ini. terima kasih bapa. Engkaulah wira kami...

0 comments: