Tolong Carian

July 1, 2009

Dengar atau buat-buat Pekak


Susah benar mahu didik dan menasihati manusia yang sudah berakal dewasa. apa yang dicakap mesti ada alasan yang selalunya tidak tepat hanya seperti melepaskan batuk di tangga. aku punya pengalaman dalam hidup ini, ada kala ceria, ada kala duka. apa yang aku cakapkan ini berdasarkan apa yang berlaku, dan tak mahu lagi ia berlaku pada kamu. fikirlah dengan sebaiknya jangan fikir apa yang engkau lakukan itu semuanya tepat belaka. takut memakan diri akhirnya. aku hanya tersenyum sakitkan hati bila suara ini tinggi menasihati mu. percayalah bukan marah atau tidak dapat menerima jawapan kamu. cuma aku ini sudah melalui apa yang telah kamu katakan itu. bukan senang menjalani hidup seperti yang engakau katakan, bukan semuanya berakhir gembira atau sentiasa beruntung. aku tak mahu engkau dirudung kesedihan atas apa yang engkau akan lalui. terimalah kata-kata ini sebagai nasihat bukannya kata-kata yang menyakiti hati kamu. ikhlas dalam perbuatan...

0 comments: