
Jam dinding dah menunjukkan ke jam 7. jalan masih tak reda kesesakan nya. aku masih berada di hadapan ofis berfikir nak diredahkan kesesakan ini atau sambung buat apa-apa kerja yg masih tak selesai ataupun window shopping bagi mententeramkan jiwa ni. dah hampir 7 tahun aku hidup di kota Georgetown, Penang. jiwa ni dah rasa penat dan terfikir kalau aku tinggal di kota besar KL macam mana agak-agaknya. orang berpusu-pusu balik kampung kerana esok cuti WESAK.(bukan dapat cuti ganti Isnin pun).
aku nak buat apa ni, nak jalan-jalan pun dah la pakai baju melayu lengkap...nanti org kata apa pulak macam pengantin lari majlis jer. cuti ni rasa plan nak balik kampung ler, cari ketenangan sikit. kepala dah serabut dan aku akan biarkan seminggu belakang yang padat dan mencabar lalu begitu saja.
terfikir jugak baik tinggal kat kampung je, lagipun gaji kat kampung dan gaji kat bandar jer kalau kerja macam aku ni. kampung boleh la saving skit. makanan yang di jual pun murah dari yang dijual dibandar.hehhehe hohoho balik kampung...
.jpg)

0 comments:
Post a Comment