Tolong Carian

May 8, 2009

Diuji, dicuba, diduga tandanya kita diperhati Oleh Yang Satu


Sedih,duka, lara,gembira, syukur, puashati,dengki,khianat,cemburu,tak ambil kisah,jaga tepi kain org,lupa,rindu,sayang,benci,resah. semua sifat yang ada pada kamu dan pada aku.kitakan manusia yang hanya bersifat sementara.jangan kau lupa tiap laku ada balasan dan ganjaran.
dari kisah yang lalu dalam hidupku,aku biarkan ia berlalu umpama air yang mengalir di celah akar-akar kayu.akan kubuang jauh-jauh hingga ia kering disedut panas terik mentari.kekadang aku hanya berdiam pada keadaan kerana diam adalah pintar.walaupun semua menunding katakan yang aku silap,lupa,tak cukupdengan ada.aku hanya diam dan mengangguk melihat lakonan mu yang kurang menjadi itu.aku hanya gelak dan tersenyum dengan lagak gaya lawak mu yang kurang menarik itu. sampaikan ada sanggup coretkan kata-kata nista padaku.kononnya ia mampu menjatuhkan maruah aku.tapi mereka silap kerana aku ini lebih kuat dari mereka sangkakan.aku dah tak peduli apa kata mereka hanya yang menilai dengan matahati mampu memberi jawapan yang pasti.aku memberi mereka peluang untuk jatuhkan aku,kerana sebelum kita berlari dan melompat zaman kejatuhan akan hadir.dunia inikan bulat umpama roda.kalau ditanya pada aku.jawapannya aku tak kisah malah aku berbangga kerana WALAUPUN AKU SERING DIUJI, DICUBA,DIDUGA INI BERMAKNA TUHAN YANG SATU SERING PERHATIKAN AKU.alhamdullilah...

0 comments: