Tolong Carian

May 18, 2009

Selamat Hari Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak?Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.​.​.​.​.​.​.​.​
Tapi kalau Mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Ketagihan Hobi Baru

Aku makin hari makin pelik la. dengan hobi baru yang membuatkan aku ketagih. siang malam asyik teringatkan sepitan biru yang mengasyikkan. mengail udang kalau dalam loghat utara depa panggil mancing udang. apa pun namanya, memang aku jadi ketagih dengan hobi baru ni. gila seh buat aku jadi tak keruan. bermula di kolam berbayar, sekarang aku dah beranikan diri ke lubuk-lubuk udang ni. biasala tempat begini ,mesti ada penjaga yang bernama sang bedal. air yang tenang jangan sangka tiada boya. alahai cabul sungguh mulut aku ini. tapi memang best la, menguji kesabaran ke tahap lebih tinggi. apa-apa pun aku nak teruskan sehingga tahap yang boleh membosankan menjelma pada hobi baru aku ini.

May 14, 2009

Layu




Aku lihat layu dalam MelayuAku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampakAda juga bercadang bertanya tuan punyaTapi bercampur risau dengan tak tergamakNanti di kata tak bersyukurDi kata tak sedar diriJadi aku menyendiri memerhatiDan akhirnya mengakuiYang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kananDan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam MelayuTanah air kita yang punya kita siram kita bajaTapi angin api kita lupaMereka merancang masa menjilat bangsa13 Harimau bertukar menjadi mangsaKita lupa nenek moyang kaya rayaJangan sekali- kali di gadai harta bendanyaKu lihat layu dalam MelayuKu lihat layu dalam MelayuKu lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di duniaYa.Tapi apa guna tak hilang di duniaKalau kewujudan tidak dirasaPetah berbahasa kudrat tak berjasaOrang berbudi kita hanya tahu merasaSelalu lari bila di rapatSelalu malu bila soalan di ajuSelalu segan memberi pendapatRela mengikut dari menerajuBelum nyanyi sudah bersorakSuka berjanji dalam borakBukan kata tak ada otakCuma tak berfikir di luar kotakKu lihat layu dalam melayuKu lihat layu dalam melayuKu lihat layu dalam melayu
Aku jadi sayuBunga menangis dia mendayuMahu jadi cantik tapi raguAku merayuBangunlah semula hidup kembaliJangan tunggu matahari matiCepatlah mekar sebelum terleraiPerjuangan kita belum selesaiPerjuangan kita belum selesaiPerjuangan kita belum selesai

Renungan Bersama


Dalam dua ni, kita akan jadi untung sekiranya kita mempunyai beribu-ribu kawan...alangkah malangnya kita jika kita mempunyai seorang musuh...
Sahabat Maksudnya - org yang tahu kelemahan dan keburukan kita tapi sentiasa ingin mendampingi kita...

Rindu sesangat...


Aku rindu pada kenangan lama dan sahabat2 ku...
Ingin rasanya aku balik semula pada zaman dahulu..kalau boleh aku nak ulang alik sebanyak mungkin pada kenangan itu..tapi itu hanya gurauan dan terpaksa aku akur tahun yang mendatang mematangkan usia dan mempelbagaikan pengalaman.aku harap dapat kemaafan dari mereka yang pernah bersama ku dahulu sekiranya aku ini hanya melukakan hati dan mengecewakan mereka.tapi aku tak pernah lupa walaupun sesaat masa aku lalui dahulu.masih segar dalam ingatan yang tak sehebat memory komputer.....

Terima kasih Semua...

Terima kasih semua familiku,sahabat2 ku, rakan2 perjuanganku, adik beradikku...
tanpa ada kalian mungkin aku akan kesepian melalui meningkatnya setahap lagi umur.aku bersyukur mempunyai kalian dalam hidup ini...walaupun pada zahirnya hidup ku penuh dgn duka dan dugaan..kalian memberi aku senyuman dan kegembiraan hingga aku lupa pada masalah dan beban di kepala ini...
demi perjuangan yang dijunjung demi tanggungjawab yang di pikul demi amanah yang perlu dilaksanakan...aku harap kalian tak akan melupakan aku dan aku berdoa sekiranya hari akan berakhir esok...aku harap kalian akan ku cari di lain alam yang lain...
walaupun pepatah berkata PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI....tapi bagi diri aku hilang nya kalian tak akan ada ganti dan tak akan yang seumpama kalian...aku harap perhubungan yang di jalinkan tidak kerana untuk kepentingan tapi hadir krn IKHLAS dalam diri...

PEREMPUAN,GADIS,WANITA

aku hanya mencari yang biasa sahaja.untuk jadikan teman dalam hidup ini.untuk dikongsikan bersama saki baki nyawa ini.aku cari yang biasa sahaja tetapi cinta dan sayang adalah luar biasa akan diterima.give n take.aku cari yang biasa supaya tak memeningkan kepala aku yang akan di sibukkan oleh cita2 aku yang diimpikan.aku cari yang biasa supaya siapa dia yang aku cintai dan sayangi.aku cri yang biasa tetapi tahu tanggungjawab dan sentiasa sudi mendengar nasihat aku.aku cari yang biasa dimata kalian supaya aku tak berkongsi rahsia bersama orang lain.aku cari yang biasa tetapi tahu hati dan perasaan aku inginkan.aku cari yang biasa supaya hidup ini tak disulami dengan persaan marah dan cemburu.aku cari yang biasa tak perlu ukir nama untuk jadi terkenal.aku cari yang biasa supaya YANG BIASA ITU BISA BAGI YANG LUAR BIASA PADA AKU

May 12, 2009

Antara Duit dan Persahabatan




zaman dah berubah...sifat manusia yang baik makin terhakis. aku sedar bila orang sebut the power of money..kerana duit..
manusia bole berubah dari alim kepada si malin, dari baik kpd buruk, yg sentiasa tolong akan terus sombong, yang ambil berat akan jadi tak ambil port...


sedih la jika hubungan itu dikira atas value duit... lagi banyak duit lagi, tinggi layanan dan tahap yang diberikan. tapi kita jangan lupa kerana duit bisa akan abis, tapi persahabatan akan terus subur jika kita pandai menjaganya. aku akan sentiasa begini memberi kpd yang memerlukan. tapi selalu bg pinjam duit kpd kawan lagi menjamin sahabat mengingati kita...hehe duit adalah segalanya dalam dunia sementara ini... belajar dari kesilapan sejagat...

May 11, 2009

Nizar MB yang Sah

Alhamdulillah, sekarang nie keputusan sentiasa memihak kepada rakyat. rakyat adalah raja dalam sesuatu negara. dalam Al-Quran pun tercatat bahawa setiap manusia adalah KHALIFAH di muka bumi ini. Tahap atau pangkat boleh diukur atas kepandaian, amalan serta perkara-perkara baik yang dibuatnya.
tanpa rakyat, raja tak beerti bagi sesuatu negeri itu. kekuatan raja terletak pada bisa rakyat dan lafaz daulat hanya terbit dari mulut rakyat yang ikhlas. menjaga rakyat beerti menjaga daulat itu sendiri.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku....

Langkah Bendul....











Ni gambar yang sempat aku ambil lepas balik klinik. Kenduri di rumah aku pada 6/6/09. tapi adik aku yang dulu daripada aku yang dah senior. Langkah bendul la...

Isnin Hari Sakit


Bangun jer pagi ni, sakit kepala tak terperi la. mungkin migrain kot. sambung tido balik sebab penawar bagi sakit kepala ni adalah tidur. tapi jangan terover tidur pulak. nampak gaya macam nak kena jumpa doktor jugak ni.


Ahhh....sakitnya. aku ambil tuala terus basahkan kepala. pakai jer apa yang sempat dicapai terus pergi ke klinik berhampiran. selamat orang tak ramai kat dalam tu. 5 minit, pembantu klinik panggil untuk aku nak jumpa doktor.


tapi hairan ler, lepas doktor bagi jer MC, sakit pun kian ansur sembuh. alahai ni la di panggil SAKIT SENAYAN (sakit isnin dalam bahasa melayu baku).hehehehe

May 10, 2009

MU Vs Lc


Ramai sungguh org kat kedai mamak ni... tapi aku sorang je layan WiFi...sbb bukan team favourite yang main...Boring giler kalau MU menang malam ni. Aku harap diaorg nie kalah sbb my favourite team bleh potong kat corner (liverpool le)... tapi tgk game mereka perform la pulak... tapi masih berbaki 4 game lagi harap 1 game meraka nie kantoi...heheheh... NO KOMEN la MU main cam mana....KANTOI LA MEREKA....

Doa Pada Yang Setia

Ya Allah, Ya Tuhanku seandainya telah engkau catatkan dia menjadi miliku tercipta buatku dekatkanlah dirinya dengan diriku tuhanku jika dia ditakdirkan bukan milikku tidak tercipta buatku bawalah dia jauh dari pandanganku lapuk dari ingatanku peliharalah diriku dari masa kecewa berikanlah aku kekuatan meskipun tanpa dirinya engkau gantikanlah yang terhilang tumbuhkanlah yang patah walaupun tiada yang sama dengan dirinya kupohon dan kurayu padamu yang satu engkau hapuskanlah perasaan ini seandainya dia tidak mencintaiku tetapi tuhanku seandainya dia telah ditakdirkan untukku kupohon agar engkau sentiasa mempertahankan cintanya sebagaimana kuatnya aku mencintai dirinya, Amin.

Oh! Ahad

Bila mata ini terjaga dari lena. aku dah rasa cam tak best la pada hari ini. Hari ahad hari yang paling cepat akan berlalu maklum lah esok dah mula bekerja. bermacam benda aku nak kena buat hari ini, dari kerja-kerja peribadi hinggalah ke kerja-kerja kahwin adik aku. sibuk ler nampaknya. nak kena buat susunan semula apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.
tapi hari ini ada macam tak lengkap jer...aku semacam lupa sesuatu... tolonglah kepala ini ingat sesuatu... aku lupa apa nie... okeylah nak fikir dulu la... lupa apa? makan, minum, kerja..??

Marah Tanda Sayang...


Itu tak kena, ini tak kena, semua tak kena... hari ni aku rasa nak marah jer. bukan apa cuma marah ni kena pada tempatnya. bukan nak bagi org takut pada kita. tapi niat aku ni baik sbb nak lihat org yang aku sayang jadi yang terbaik di mata dan hati ini. hanya org gila saja marah org tak tentu fasal. selagi kita rasa marah selagi itu perasaan ambil berat masih menebal. kalau tak ada rasa tu mungkin dalam hati ini dah kosong nak menjadikan ia penting lagi. tapi bila di fikirkan balik rasa kesian pun ada, tapi aku ni lelaki yang dah memang ada perasaan ego tu. jadi simpan aje la perasaan kesian, cuma aku yang tahu...

satu je aku ni, bila marah je dah jadi tak ingat apa dah...apa kata-kata yang carut, nista mesti secara automatiknya terkeluar.alahai dosa kering je dapat. lepas ni nak cuba bila marah je, nak puji dan kata-kata yang indah. mesti terkejut atau fikir aku ni dah tak kisah apa yang jadi. kekadang orang suka di marah sebab nak tarik perhatian. tapi aku pada hari ini cukup-cukup marah pada semua hal... TOLONG LAH MATANG...

May 8, 2009

Kesibukan Kota, Ketenangan Desa




Jam dinding dah menunjukkan ke jam 7. jalan masih tak reda kesesakan nya. aku masih berada di hadapan ofis berfikir nak diredahkan kesesakan ini atau sambung buat apa-apa kerja yg masih tak selesai ataupun window shopping bagi mententeramkan jiwa ni. dah hampir 7 tahun aku hidup di kota Georgetown, Penang. jiwa ni dah rasa penat dan terfikir kalau aku tinggal di kota besar KL macam mana agak-agaknya. orang berpusu-pusu balik kampung kerana esok cuti WESAK.(bukan dapat cuti ganti Isnin pun).


aku nak buat apa ni, nak jalan-jalan pun dah la pakai baju melayu lengkap...nanti org kata apa pulak macam pengantin lari majlis jer. cuti ni rasa plan nak balik kampung ler, cari ketenangan sikit. kepala dah serabut dan aku akan biarkan seminggu belakang yang padat dan mencabar lalu begitu saja.


terfikir jugak baik tinggal kat kampung je, lagipun gaji kat kampung dan gaji kat bandar jer kalau kerja macam aku ni. kampung boleh la saving skit. makanan yang di jual pun murah dari yang dijual dibandar.hehhehe hohoho balik kampung...

Diuji, dicuba, diduga tandanya kita diperhati Oleh Yang Satu


Sedih,duka, lara,gembira, syukur, puashati,dengki,khianat,cemburu,tak ambil kisah,jaga tepi kain org,lupa,rindu,sayang,benci,resah. semua sifat yang ada pada kamu dan pada aku.kitakan manusia yang hanya bersifat sementara.jangan kau lupa tiap laku ada balasan dan ganjaran.
dari kisah yang lalu dalam hidupku,aku biarkan ia berlalu umpama air yang mengalir di celah akar-akar kayu.akan kubuang jauh-jauh hingga ia kering disedut panas terik mentari.kekadang aku hanya berdiam pada keadaan kerana diam adalah pintar.walaupun semua menunding katakan yang aku silap,lupa,tak cukupdengan ada.aku hanya diam dan mengangguk melihat lakonan mu yang kurang menjadi itu.aku hanya gelak dan tersenyum dengan lagak gaya lawak mu yang kurang menarik itu. sampaikan ada sanggup coretkan kata-kata nista padaku.kononnya ia mampu menjatuhkan maruah aku.tapi mereka silap kerana aku ini lebih kuat dari mereka sangkakan.aku dah tak peduli apa kata mereka hanya yang menilai dengan matahati mampu memberi jawapan yang pasti.aku memberi mereka peluang untuk jatuhkan aku,kerana sebelum kita berlari dan melompat zaman kejatuhan akan hadir.dunia inikan bulat umpama roda.kalau ditanya pada aku.jawapannya aku tak kisah malah aku berbangga kerana WALAUPUN AKU SERING DIUJI, DICUBA,DIDUGA INI BERMAKNA TUHAN YANG SATU SERING PERHATIKAN AKU.alhamdullilah...

Ada Akal Guna


Tension aku memikirkan ttg kehidupan dan rahsia.sekarang nie manusia mudah percaya dan ceritakan segala hal rahsia dan sulit sekiranya ia selesa pada seseorang itu.tapi berfikirlah mengikut pendapat dalam Al-Quran.Kita kena mengenali seseorang itu dalam tempoh 3 bulan.so baru kita dapat menilai orang itu jenis yang macam mana.Baru segala kelemahan atau keburukan bleh dikongsi bersama.nak aja aku ketuk kepala supaya ia belajar tentang kesilapan yang kecil pada fikirannya tapi bleh membawa impak yang besar.So berhati-hati pada manusia tanpa wajah

Jom Belajaq Bahasa Utara

Selamat mencuba !

saya - che'
awak, kamu - hang, hangpa
mereka - depa
pergi - pi
datang, sampai - mai
awat - kenapa
duit, sen - kupang, det
sungguh-sungguh - pulun
pukul, hentam - haria
dukung, usung - capong
termasuk, terjatuh - per'luih
pendek sebelah - rengkot
tak senonoh, biadap - mangkaq, loqlaq
cantik, elok - sur
tak cantik, tak elok - ser
kurang ajar - kamjat
maki - kalihamput
makan - mentekedarah

segala perkataan yang berakhir dengan huruf R, mesti diganti dengan huruf Q
segala perkataan yang berakhir dengan huruf 'ir', mesti diganti dengan 'iaq'
untuk sedapkan ayat, tambahkan perkataan 'NO' di akhir ayat...

tiada kata secantik bahasa

Pagi yang gelap…


Alhamdullilah, aku Berjaya melawan keenakkan tidur pagi tadi. Lagipun ada satu semangat hari jumaat yang berkobar nak pergi kerja awal, biasalah sebab esoknya cuti rehat mingguan. Akhirnya semua dapat aku sediakan pagi ni, dari sarapan sampaikan ke kerja yang perlu dibuat. Biasalah aku curi sedikit masa nak aku coretkan apa yang berlaku pagi ni. Semuanya seperti yang dirancang. Hmm… nampaknya tiada yang menarik lagi cuma mulut ni asyik menguap jer, aku berharap korang akan ceria dan bahagia di pagi jumaat ini. Senyumlah kerana ia dapat mengerakkan beribu urat saraf di muka. Macam senaman muka ler lagipun senyuman itukan sedekah. Tak dapat hulur duit, hulurkan senyuman itu lebih mudah maklumlah tgh bulan… :)

May 7, 2009

Bandung Oh Bandung


Minggu lepas aku bersama gengku telah terbang ke Bandung, Jakarta. Best giler nie 1st time jejak kat bumi bertuah bandung. perjalanan amat memenatkan tapi aku cukup enjoy. Tiba di jakarta aku terus menaiki bas ke Bandung. tiba kat hotel dah lewat pagi, ambik kunci hotel terus tidur. penat sih...

awal pagi bangun sbb nak pegi shopping kat pasar baru.ramai org kat sana, ptg sikit trus ke rumah mode. kat rumah mode aku berjumpa sorang awek indon boleh tahan la jugak muka dia. nak la jugak pergi try tapi bahasa menjadi penghalang macam itik dengan ayam, boleh tergeliat lidah ni.

aku biarkan saja dia berlalu depan mata. tapi perbandingan aku gadis malaysia dengan gadis indon...aku pilih gadis malaysia sbb dah confirm mereka ni ISLAm...di indon walaupun namanya macam melayu tak semestinya mereka ni Islam, sbb kat sana masjid dan gereja disatukan. sebagai contoh,pada hari Jumaat. Pada waktu paginya penganut kristian akan melakukan ibadat mereka 'good friday', dan pada tengah hari penganut beragama Islam melakukan sembahyang Jumaat pula dan semua ini dilakukan dalam satu tempat cuba bayangkan. dan tempat ini mereka namakan RUMAH ALLAH... takut dan seram bila lihat nie berlaku...

apa-apa pun aku enjoy bila di sana...heheh sampai tak cukup duit dihabiskan maklumlah jutawan segera... RM1 + Rupiah 3,300...

Rehat Sebentar...


Aku lepak kat oldtown sementara nak abiskan catatan blog aku ni. tadi terfikir jugak umur pun dah nak dekad 3 dekad. belum lagi berumahtangga. pening jugak, sedara mara asyik tanya soalan yang sama. nak saja aku tampal atau buat baju yang tulis, NANTI SAMPAI JODOH AKU PANGGIL LA. ataupun DUIT TAK CUKUP NAK KAWIN... dah dengar bermacam cerita kat belakang, sampai ada kata aku ni gay. gila la kepala hotak mereka ni. fikirlah nak majukan diri dari fikir hal orang. takut kain sendiri yang terlopong luas dari kain org lain. KAWIN, TAK KAWIN, KAWIN, TAK KAWIN, KAWIN... mesti kawin tapi biar Allah menentukannya...

Rojak Tonggek


Hari aku ada lawatan kat umah org tak bayar hutang, biasala keje jadi ALONG berlesen ni... singgah kat satu tempat yang paling aku suka lepak. ni kira macam cadangan aku la kalau korang ada singgah kat tempat aku ni, selain lepak kat KOMTAR ,Queensbay atau padang kota.
Ni kira macam promote free la tempat nie. Nama dia Rojak Tonggek. kat sini diaorg jual buah-buahan ala-ala cam satey la.satu cucuk RM 0.40.tapi ada satu rahsia. Nak tahu kan kenapa org kat sini panggil tonggek, sebab bila celup jer buah dalam kuah rojak tu, dan time nak masuk dalam mulut nak makan mesti kena tonggek sikit takut kuah rojak tu kena baju la. yang paling bestnya bila awek datang makan, aku mesti bagi laluan perempuan makan dulu, konon la gentlemen, tapi sebab nak tengok tonggekan bumper mereka ni. sambil mencelup sambil minum air. hehehe

Hangat-hangat Tahi Ayam




Semakin lama semangat aku nak jadi bisnesman dah luntur. semalaman berfikir benda apa yang boleh mendatangkan wang. takkan nak jadi pusher kot, bapak ayam, gigolo, jual cd cetak rompak. dah macam tak de benda mulia nak jadikan pendapatan dalam dunia nie. sekarang ni orang fikir cara easy money jer. tapi teringat akan pesan satu ustaz ni, beliau kata nak kaya dan dapat rezeki melimpah ruah kena taqwa kepada Allah. itu cara yang no. 1 nak dapat rezeki. no. yang terakhir ialah dengan perbuatan yakni jual beli. selama ni kita asyik nak berniaga jer untuk cari rezeki walhal cara tu yang terakhir untuk raih rezeki. apa pun berbalik pada Allah yang satu. Insya Allah...

Hari-Hari Lewat

Minggu ni dah 3 hari dtg lewat. Maklumlah tiap-tiap awal pagi asyik hujan syok layan tidur. Ada satu masalah besar yang aku hadapi sekarang ni iaitu Memori kepala ni asyik terlupa jer benda penting. Nak buat macam mana nie? dah bermacam ikhtiar aku dah buat...lagipun dah letih telan kismis penerang hati tu...

May 6, 2009

Bermula Hidup Sebagai Blogger




Hari ni banyak aku abiskan dengan buat blog ni jer. Aku nak catatkan apa yang berlaku dalam hidup aku ni. Aku nak buat macam diary online. Ishh... terlupa pulak kertas kerja untuk reschedule banyak tak siap lagi. Nak kena sambung lagi esok. Pening jugak la kepala nie nak jumpa sahabat yang dok kata aku ni merajuk la apa la...lantak korang la yang penting, aku nak jumpa dan aku nak explain ttg apa yang berlaku.
Nak jumpa Mr Yeoh hujung minggu ni, nak tengok rumah kalau okey aku ambik jer. kalau tak okey cari lagi la.Hehe kesian cina tu asyik kena kencing jer dengan.
Aku nak cari apa yang hilang dalam diri ini, Insya Allah.